Program Sayembara Deklamasi Sajak 2024

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 March 2024, telah berlangsung Program Sayembara Deklamasi Sajak @ JKKN. Program ini berlangsung di Pesta Angin Timur bermula pada 3.00 Petang hingga 5.30 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Selain itu dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh JKKN antaranya deklamasi sajak dalam loghat Perlis.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali